
Penyelesaian Event Profesional
Jadikan Event Anda Tak Dilupakan
Kami menyediakan servis produksi event lengkap, dari konsep hingga pelaksanaan. Biar kami hidupkan visi anda dengan rekaan kreatif, visual memukau dan sokongan teknikal bertaraf dunia.



Rekaan Booth Pameran
Kami mereka dan membina booth pameran tersuai, dari konsep 3D hingga pemasangan di lokasi. Setiap booth direka untuk menarik pengunjung dan menonjolkan jenama anda.
- Rekaan 3D sebelum pembinaan
- Fabrikasi di bengkel sendiri
- Pemasangan dan pembukaan di lokasi



LED Screen
Skrin LED indoor dan outdoor dalam pelbagai saiz untuk pentas, pelancaran produk dan pameran, disediakan bersama operator teknikal sepanjang event.
- Saiz skrin ikut keperluan pentas
- Pilihan indoor dan outdoor
- Operator dan kawalan visual



Sistem Bunyi
Sistem bunyi profesional untuk majlis korporat, konsert dan seminar. Peralatan ditetapkan mengikut saiz dewan dan bilangan tetamu.
- Line array dan speaker monitor
- Mikrofon wayarles dan mixer digital
- Jurutera bunyi bertugas



Sistem Pencahayaan
Pencahayaan pentas dan dewan yang mencipta suasana tepat untuk setiap detik event anda, dari majlis anugerah hingga konsert.
- Moving head dan beam light
- Truss dan rigging
- Program cahaya ikut aturcara majlis



Produksi Event
Kami uruskan keseluruhan produksi event, termasuk pentas, visual, bunyi, cahaya dan krew teknikal, supaya anda boleh fokus kepada tetamu.
- Satu pasukan untuk semua keperluan teknikal
- Perancangan aturcara dan rehearsal
- Krew bertugas hingga event selesai
Projek Terkini


LED Screen
Pelancaran Produk
Sistem Bunyi
Konsert